Roti Bun Manis
Bahan-Bahan:
150 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
140 ml susu segar ( kalau takde buleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis)
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin atau butter
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver ( klu takguna pun takpe-tapi kalau ade lagi bagus)
Cara-Membuatnya:
-Masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan.
-Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
-Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
-Bahagi doh pada 10 atau 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.
-Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
Original Link >> Klik Sini
Nice sharing...
ReplyDelete