Rupa paste bila dah pecah minyak. Baunya harum menusuk kalbu, sebab banyak rempah :)
Bahan-Bahan;
- 10 Batang Cili Kering
- 3 Biji Bawang Besar
- 3 Ulas Bawang Putih
- Seinchi Halia
- Seinchi Lengkuas
- 3 Sudu Serbuk Jintan Manis
- 3 Sudu Serbuk Ketumbar
- 3 Batang Serai (Dihiris)
- 3 Sudu Kacang Tanah (Digoreng)
- 3 Ekor Udang
- Sedikit Belacan (Sebesar Kuku)
- Garam Secukup Rasa
- Gula Secukup Rasa
- Minyak Masak
Cara-Cara;
1. Blend kesemua bahan sehingga hancur kecuali, gula, garam dan minyak masak.
2. Panaskan minyak masak dan masukkan kesemua bahan dalam kuali.
3. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak sekurang-kurangnya 30 minit.
4. Boleh la masukkan dalam kuah laksa sarawak.
Klik Sini untuk Cara Mudah Membuat Laksa Sarawak
Beginilah rupanya kuah laksa sarawak dengan paste homemade ku :)
Nyum nyum ~ Paste ni sesuai untuk selera semenanjung. Jemput makan ;)
No comments:
Post a Comment