Sunday, May 3

Resepi Mudah & Ringkas Pavlova. Guna Telur Putih Dan Gula Sahaja.



Mini pavlova yang sedikit rangup diluar. Nyum~

Ni mini pavlova, dibakar saiz kecil-kecil, lagi sedap rasanya sebab agak rangup. Time ni yang ada dalam fridge apple sahaja. Sedap juga dimakan dengan wafer dan tabur sedikit milo :)

Pavlova gebu yang sedap dikunyah. Yummy~

Ni pavlova yang dibakar saiz besar, yang ni lembut, so kemanisan dia agak terasa. Prefer yang bakar mini. Makan dengan mangga masam, yummy :)

Bahan-Bahan (Base);

- 4 Biji Putih Telur (Saiz A)
- 3/4 Cawan Gula Castor
- 1 Sudu Tepung Gandum
- Sedikit Serbuk Vanilla

Cara-Cara (Base);

1. Pukul telur putih guna mixer pada kelajuan tinggi. Pukul sehingga lekat kat bekas. Bila terbalikkan bekas, putih telur tu tak jatuh pun.
2. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit, pukul lagi pada kelajuan tinggi.
3. Masukkan serbuk vanilla dan pukul lagi.
4. Sapukan butter pada loyang, tuang aduanan dan leperkan.
5. Bakar selama 1 jam pada suhu 150c

Tips Tambahan;

1. Tepung boleh diganti dengan tepung jagung. Kalau tanak letak tepung pun boleh.
2. Gunakan kertas minyak kalau ada, lagi mudah nak cabut :)
3. Biarkan base pavlova ni menyejuk dalam oven.

Untuk cream tu, just guna whipped cream dalam botol aje, senang, bila nak makan baru picit ;)

Resepi Sumbangan: Zie Has
Blog: BuatWanita.Blogspot.Com
Original Link: Klik Sini

1 comment: