Nyum Nyum~ Murtabak roti yang siap dibakar ;)~
Bahan-Bahan;
- 4 Keping Roti
- 3 Biji Telur Gred A
- 3 Ketul Ayam Goreng (Dipotong Dadu) atau
- 1 Cawan Daging Cincang
- 1 Cawan Daging Cincang
- 2 Biji Kentang (Dipotong Dadu)
- 1 Sudu Serbuk Kari
- 1 Ulas Bawang Putih (Dicincang)
- 2 Biji Bawang Kecil (Dicincang)
- 1 Sudu Minyak Masak
- Garam Secukup Rasa
- Sedikit Air
Lapisan roti beserta inti daging kentang.
Cara-Cara;
1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih dan kecil sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari, kentang, ayam / daging dan air, kacau rata dan tutup kuali.
3. Perlahankan api, masak sehingga daging dan kentang lembut serta sedikit kering.
4. Masukkan garam, kacau rata lagi, tutup api dan ketepikan.
5. Ambil loyang dan ratakan sedikit minyak masak disekelilingnya.
6. Susun roti, tuang inti daging kentang tadi dan ratakan.
7. Telur dipecahkan kedalam mangkuk dan dikacau bersama sedikit garam.
8. Tuang bancuhan telur kedalam loyang roti dan inti tu.
9. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20-30 minit.
Setelah dituang bancuhan telur diatasnya. Ready untuk dibakar
Guna ayam goreng frozen segera tu pun boleh je. Sedap juga rasanya, ada rasa rangup-rangup tepung goreng :) Guna apa sahaja bahan yang ada dalam fridge, ikut citarasa masing-masing :)
Selamat Mencuba!
Resepi Sumbangan: Zie Has
Blog: BuatWanita.Blogspot.Com
Original Link: Klik Sini
Salam singgah, menarik! bolehlah cuba di rumah.. hihi. studioous.blogspot.com
ReplyDeleteSedapnya...bahan-bahan pun mudah didapati
ReplyDelete