Tart Telur Kastard |
Adunan tart kastard ni untuk sekali bakar sahaja. Yang ni guna acuan 5.5cm, so boleh dapat 19 biji. Boleh dibakar dengan dua cara, bakar telur kastard dengan kulit tart yang belum dimasak atau bakar telur kasard dengan kulit tart separa masak.
mini tart telur sedap rangup
Bahan-Bahan;
mini tart telur sedap rangup
- 2 Biji Telur (Gred A)
- 1 Cawan Susu
- 5 Sudu Besar Gula (Membukit)
- 2 Sudu Besar Tepung Kastard
- 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla
mini tart telur sedap rangup
Cara-Cara;
mini tart telur sedap rangup
1. Bancuh semua bahan sehingga sebati dan ketepikan.
2. Ambil kulit tart yang belum dibakar dan tuang adunan telur kastard didalamnya.
3. Bakar pada suhu 180 celcius selama 20-25 minit.
[atau] mini tart telur sedap rangup
2. Ambil kulit tart separa masak, dan tuang adunan telur kastard didalamnya.
3. Bakar pada suhu 180 celcius selama 10-15 minit.
Ni la rupanya bila dah siap dibakar dan disejukkan. |
Selamat Mencuba!
mini tart telur sedap rangup
Resepi Sumbangan: Zie Has
Blog: BuatWanita.Blogspot.Com
mini tart telur sedap rangup
Wahh sedappnyaaaa.. nak try la resepi ni untuk raya hihi
ReplyDelete